Sunday, April 19, 2009

cerita HANTU

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian.... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kamu tak pergi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura [ergi kerja tapi actually aku park kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark rumah aku. Aku rilex dulu sebab nak cari masa sesuai tangkap orang."

"So, kamu dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu rumah aku. Aku tanye isteri aku tapi dia tak mau jawab.. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak cari jantan tuh. Habis semua bilik aku cari tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

No comments: